Tuesday, August 12, 2008

RPH - Minggu 10 / Semester 2 (Khamis - 14/08/08)

Tarikh14 Ogos 2008 (Khamis)
Tingkatan6AK3 (0705 - 0815)
Tema 5Impak Alam Sekitar Dan Pengurusannya
Tajuk 5.1 - 5.3
  1. Impak Alam Sekitar Terhadap Alam Sekitar

  2. Impak Alam Sekitar Terhadap kehidupan manusia

  3. Pengurusan Alam Sekitar

Objektif / Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,
  1. Mengenal pasti impak aktiviti manusia terhadap alam
    sekitar fizikal dan aspek sosial.

  2. Menghuraikan bagaimana aktiviti manusia menimbulkan
    kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar.

  3. Membincangkan impak alam sekitar terhadap kehidupan manusia (kesihatan, keselamatan, kerosakan dan kemusnahan harta benda, aktiviti ekonomi, aktiviti sosial)

  4. Membezakan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

  5. Membincangkan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar (langkah perundangan & bukan perundangan)
PendekatanKBKK, Sumbang saran
Aktiviti
  1. Menghasilkan nota ringkas dalam bentuk peta minda, jadual dan pelbagai bentuk mengikut kreativiti sendiri.
BBMBuku rujukan, Alam Sekitar 2
NilaiBertanggungjawab, keperihatinan
RefleksiPelajar dapat mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk seperti peta minda, jadual dan lain-lain. Umumnya, objektif pembelajaran tercapai. Namun, pelajar perlu membuat rujukan tambahan untuk memantapkan lagi pemahaman dalam topik tersebut.

No comments: