| Tarikh | 5 September 2008 (Jumaat) |
| Tingkatan | 6AK3 (1040 - 1140) |
| Tema 1 | Penduduk |
| Tajuk 1.3 | Pertumbuhan Penduduk (Kemahiran Amali - Peta Bulatan Berkadar) |
| Objektif/ Hasil pembelajaran | Pelajar dapat,
|
| Pendekatan | Masteri |
| Aktiviti | Mengira dan melukiskan peta bulatan berkadar, perbincangan |
| BBM | Buku rujukan, edaran bercetak |
| Nilai | Bertanggungjawab, kerajinan, kekemasan. |
| Refleksi | Pelajar dapat mengira dan melukis peta bulatan berkadar dengan betul. Namun, kepantasan menyiapkan tugasan perlu ditingkatan. Umumnya, hasil pembelajaran tercapai. |
Latihan Melukis Peta Bulatan Berkadar
Jadual berikut menunjukkan jumlah penduduk negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000.
| Negeri | Jumlah Penduduk |
| Johor | 2 740 600 |
| Kedah | 1 649 700 |
| Kelantan | 1 313 000 |
| Melaka | 635 800 |
| Negeri Sembilan | 860 000 |
| Pahang | 1 288 400 |
| Perak | 2 051 200 |
| Perlis | 204 400 |
| Pulau Pinang | 1 313 500 |
| Selangor | 4 188 900 |
| Terengganu | 898 800 |
- Berdasarkan data perangkaan dalam jadual di atas, pada peta yang disediakan, lukiskan sebuah peta simbol berkadar untuk menunjukkan taburan penduduk di negeri-negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 2000.
- Berdasarkan peta yang anda lukis pada soalan 1, jelaskan pola taburan penduduk negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000.
No comments:
Post a Comment