Wednesday, September 3, 2008

RPH - Minggu 12 / Semester 2 (Khamis - 04/09/08)

Tarikh4 September 2008 (Khamis)
Tingkatan6RK4 (08705 - 0905)
Tingkatan6RK3 (1055 - 1155)
Tema 1Penduduk
Tajuk 1.3Pertumbuhan Penduduk (Kemahiran Amali - Garaf Garis)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Mempersembahkan data perangkaan penduduk dalam bentuk graf garis dengan betul.
  2. Mentafsirkan maklumat pada graf yang dilukis.
PendekatanMasteri
AktivitiMelukiskan graf garis, perbincangan
BBMBuku rujukan, edaran bercetak
NilaiBertanggungjawab, kerajinan, kekemasan.
RefleksiPelajar dapat menghasilkan graf berdasarkan data perangkaan yang diberi dengan betul. Hasil pembelajaran 1 tercapai. Pelajar perlu membuat rujukan tambahan untuk memahirkan diri dalam aspek mentafsirkan maklumat pada graf.


Latihan Melukis Graf Garis.

Jadual berikut menunjukkan arah aliran perubahan kadar kependudukan di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2004.

Kadar bagi setiap 1000 penduduk 20002001200220032004
Kadar kelahiran kasar23.222.622.221.921.3
Kadar kematian kasar4.54.64.64.64.7
Kadarpertumbuhan penduduk18.718.017.617.316.6
  1. Dengan menggunakan data perangkaan dalam jadual di atas, lukiskan sebuah graf yang sesuai bagi menunjukkan arah aliran perubahan kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar dan kadar pertumbuhan semula jadi penduduk Malaysia antara tahun 2000 hingga tahun 2004.
  2. Berdasarkan graf yang anda lukis dalam soalan 1, jelaskan arah aliran pertumbuhan semula jadi penduduk Malaysia antara tahun 2000 hingga 2004.
  3. Jelaskan sejauh manakah program kawalan penduduk sesebuah negara mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara.

No comments: